INFO PENDIDIKAN KHAS

Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:
1.     Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
2.     Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Tempoh Belajar
·         Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
·         Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
  • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
Program Pendidikan Khas Integrasi



Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Kurikulum Program Pendidikan Khas
v  Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti ko-kurikulum seperti murid biasa.

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas
v  Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.
v  Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu:
v  Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran  Malaysia.
v  Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.




Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997)juga menyatakan:

 Dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas,guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,mata pelajaran atau bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.


Berdasarkan peraturan di atas,tempoh pendidikan bagi melaksanakan kurikulum pendidikan khas adalah fleksibel.Agihan masa bagi setiap bidang pembelajaran adalah berdasarkan keperluan pendidikan khas bagi memperkembangkan potensi diri individu secara menyeluruh.