PROFIL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) SEKOLAH KEBANGSAAN CHENG


MISI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.


VISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.


FALSAFAH

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas


PIAGAM PELANGGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) SK CHENG,MELAKA

Kami warga Pendidikan Khas (PPKI) Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka dengan penuh tekad dan azam akan :-
  1. Berusaha memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua murid dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan agama bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan
  2. Menyediakan keperluan asas dan kemudahan yang bersesuaian dan mewujudkan budaya dan iklim persekolahan yang selesa agar dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ideal dan berkesan
  3. Membimbing dan membentuk murid-murid yang mempunyai sahsiah yang baik, berketrampilan dan berakhlak mulia
  4. Berusaha dengan sepenuhnya memberi pendidikan dengan memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa ini untuk belajar menulis, membaca dan mengira dari peringkat asas berdasarkan pencapaian dan kebolehan masing-masing
  5. Memberi bimbingan khusus secara individu dengan pendekatan yang tertentu dan sesuai dengan sukatan pelajaran berbentuk kemahiran pengurusan diri di mana ianya tidak terdapat di kelas biasa
  6. Melibatkan murid PPKI dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum seperti murid normal lain untuk menghasilkan insan istimewa yang mempunyai daya saing tinggi bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara
  7. Menjalinkan permuafakatan dan hubungan baik serta kerjasama dengan ibu bapa / penjaga murid dan institusi kebajikan demi meningkatkan penglibatan masyarakat dalam mencapai matlamat pendidikan khas