SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPKI) SEKOLAH KEBANGSAAN CHENG



Program Pendidikan Khas SK Cheng telah mula dibuka pada 1 Julai 2005 diketuai oleh Allahyarhamah Pn. Siti Khadijah bt Mat yang juga merupakan Penyelaras PPKI SK Cheng pertama. Jumlah murid pada waktu itu adalah seramai 6 orang. Pada tahun 2006, beliau dibantu oleh seorang guru bernama En. Mohd Jusry bin Jaafar.  Bilangan murid terus bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2007, bilangan guru bertambah apabila Pn. Nor Amira bt Abu Seman menyertai warga PPKI SK Cheng. Pada tahun 2008, PPKI SK Cheng menerima kehadiran seorang lagi guru iaitu Pn. Fazibiah bt Adnan dan seorang PPM bernama Pn. Norraini bt Wahab. Dalam bulan April 2008, kekosongan tempat Pn. Norraini bt Wahab yang berpindah telah digantikan dengan Pn. Seri Mazwin bt Mashut. Pada tahun 2009, En. Mohd Jusry bin Jaafar berpindah dan digantikan dengan Pn. Noraidawati bt Sulong @ Harun. Selaras dengan penambahan murid, bilangan PPM juga telah bertambah menjadi 2 orang dengan kehadiran Pn. Salasiah bt Mat Isa.

            Pada tahun 2010, PPKI SK Cheng menerima kehadiran seorang guru iaitu Cik Azmira bt Mohd Said. Pada bulan Mei 2010, Pn. Siti Khadijah bt Mat telah kembali ke rahmatullah dan Pn. Nor Amira bt Abu Seman dilantik menjadi Penyelaras. Pada bulan Jun 2010, En. Zaiful Anuar bin Abu Samah telah menyertai warga PPKI SK Cheng. Pada tahun 2011, bilangan guru semakin bertambah dengan kehadiran En. Mohd Farid bin Abu Kasim sebagai Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI). Pada tahun 2012, Cik Rashidah bt Ali pula menyertai PPKI SK Cheng. Pada tahun yang sama, Pn. Azmira bt Mohd Said dan Pn. Nor Amira bt Abu Seman pula berpindah. Jawatan Penyelaras telah disandang oleh Pn. Fazibiah bt Adnan. Pada tahun 2013, En. Mohd Farid bin Abu Kasim berpindah dan digantikan dengan En. Wan Azhar bin Shariffudin (GTPI). Pn. Fazibiah bt Adnan pula telah dinaikkan pangkat menjadi GPK Pendidikan Khas di SK Gangsa. Jawatan Penyelaras disandang oleh Cik Rashidah bt Ali. Pada tahun 2014, bilangan guru kembali bertambah dengan kehadiran En. Muhammad Razin bin Ali Khan. Kekosongan jawatan PPM yang disandang oleh Pn. Seri Mazwin bin Mashut yang berpindah telah diisi dengan kehadiran Cik Nor Salawati bt Ahmad. Pada tahun 2015, PPKI SK Cheng menerima kehadiran seorang lagi guru iaitu Pn. Norliyana bt Sukimin.

            Pada tahun 2016, bilangan guru telah bertambah apabila Pn. Roslina bt Shafie menyertai warga PPKI SK Cheng. Cik Rashidah bt Ali berpindah dan jawatan Penyelaras diambil alih oleh En. Zaiful Anuar bin Abu Samah. Pada tahun 2017, PPKI SK Cheng mempunyai 10 orang murid, 2 orang PPM dan 5 orang guru (GPKI) dan seorang Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar PK, Prasekolah dan Aliran Perdana. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kategori seperti ADHD, bermasalah pembelajaran, disleksia, autism dan lewat perkembangan. Pada tahun 2018, PPKI SK Cheng mempunyai 14 orang murid, 2 orang PPM dan 5 orang guru (GPKI) dan seorang Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar PK, Prasekolah dan Aliran Perdana. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kategori seperti ADHD, bermasalah pembelajaran, disleksia, autism dan lewat perkembangan.

            Pada tahun 2019, PPKI SK Cheng telah menerima guru baru iaitu Puan Hartini Binti Mohamad bagi menggantikan Puan Roslina Binti Shafie yang berpindah ke SK Batu Berendam 2. Jumlah murid pada tahun ini adalah seramai 17 orang yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti ADHD, Bermasalah Pembelajaran, Disleksia, Autisme dan Lewat Perkembangan.


KATEGORI MURID DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DAN INTEGRASI
Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka terdiri daripada :-

i.          Masalah Pembelajaran          : 10 orang
ii.          Autisme                                 : 04 orang
v.         ADHD                                     : 01 orang
vi.        Lewat Perkembangan            : 02 orang