Thursday, April 20, 2017

Program Terapi Pergerakan Kreatif Negeri Melaka

April 20, 2017
Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Cheng telah menghadiri satu Program Terapi Pergerakan Kreatif anjuran Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang bertempat di SMK Kg Gelam, Melaka. Program ini telah mengumpulkan semua murid-murid berkeperluan khas di dalam negeri Melaka bagi menjayakan program ini. Program ini juga mendapat perhatian daripada Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Utama Ir Hj idris Bin Haron yang juga  telah merasmikan program ini. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang program ini ialah aktiviti wall climbing, mengayuh basikal baring, aktiviti memanah dan tarian.  








Wednesday, February 22, 2017

Latihan Pusat Olahraga PPKI

February 22, 2017
Seorang murid PPKI SK Cheng telah terpilih untuk menjalani latihan pusat olahraga bagi tahun 2017. Murid ini adalah Muhammad Aiman Danial Bin Mahadzir akan menjalani latihan selama seminggu dan seterusnya mewakili pasukan olahraga Daerah Melaka Tengah bagi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka 2017. Murid ini akan mengambil bahagian dalam acara lompat jauh individu dan acara larian 4x100 meter berpasukan. Tahniah diucapkan kepada adik Danial.