Tuesday, September 3, 2019

Ikatan Asas Pengakap Istimewa

September 03, 2019
Murid-murid PPKI telah diajar asas dalam aktiviti kokurikulum Pengakap Istimewa. Ikatan asas yang diajar ialah ikatan manok dan buku sila. Demonstrasi cara mengikat ikatan tersebut diketuai oleh Cikgu Zaiful Anuar Bin Abu Samah. Ini merupakan salah satu aktiviti ketika murid-murid mengikuti kegiatan kokurikulum Pengakap Istimewa.





Tuesday, August 27, 2019

Aktiviti Terapi Hidro

August 27, 2019
PPKI SK Cheng telah mengadakan aktiviti terapi hidro pada 28 Ogos 2019 yang lepas.

Terapi ini diadakan di Kolam Renang MBMB. Murid- murid dilatih oleh pakar terapi dan jurulatih renang yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Semoga dengan terapi ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada anak-anak istimewa ini.






Wednesday, August 21, 2019

Terapi Audio Visual

August 21, 2019
PPKI SK Cheng telah mengadakan aktiviti terapi audio visual pada 18 Jun 2019.

Terapi ini diadakan di GSC Dataran Pahlawan. Murid- murid dilatih membeli sendiri tiket tayangan dan cara untuk berkomunikasi dengan cara yang betul.

Semoga dengan terapi ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada anak-anak istimewa ini.





Monday, August 19, 2019

Aktiviti Kokurikulum Pengakap Istimewa

August 19, 2019
Murid-murid PPKI telah diajar cara mengikat kain anduh menggunakan skaf Pengakap. Demonstrasi cara mengikat kain anduh telah dilakukan oleh guru-guru praktikum. Ini merupakan salah satu aktiviti ketika murid-murid mengikuti kegiatan kokurikulum Pengakap Istimewa.

Thursday, August 8, 2019

Kejohanan Futsal Pendidikan Khas Peringkat Negeri

August 08, 2019
Pasukan Futsal PPKI telah menghantar bagi penyertaan dalam Kejohanan Futsal Peringkat Negeri Melaka. Kejohanan ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Batu Berendam pada 6 dan 8 Ogos 2019.

Keputusan Penuh Futsal PPKI SKC :
Melawan SK Pulai kalah 4-2,
Melawan SK Gangsa menang 7-0
Melawan SK Alai kalah 1-0
Melawan ACS menang 8-0
Melawan Ujong Pasir menang 6-1

Gagal layak ke pusingan seterusnya




Thursday, July 25, 2019

Monday, July 15, 2019

Kejohanan Petanque Pendidikan Khas Zon Tanjung

July 15, 2019
PPKI telah menghantar murid bagi menyertai Kejohanan Petanque Peringkat Kawasan Tanjung. Kejohanan ini telah berlangsung di Arena Petanque Hang Jebat pada 10 dan 11 Julai 2019.

Pencapaian:
1. Tempat Ketiga Bersama Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun (Nur Aisyah Afifah Bt Mohd Azaha)
2. Tempat Ketiga Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (Mohd Aliff B Mohd Ariffin)
3. Naib Johan Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun (Muhammad Hazimi)





Monday, June 24, 2019

Lawatan Ke Aquaria KLCC Menaiki LRT & Komuter

June 24, 2019
PPKI SK Cheng telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC Kuala Lumpur pada 18 Jun 2019. Murid- murid berkesempatan menaiki pelbagai pengangkutan awam seperti bas LRT dan Komuter. Murid- murid mengalami sendiri pengalaman membeli tiket LRT dan cara untuk memasuki kawasan platform. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada anak-anak istimewa ini.

Wednesday, June 19, 2019

Kejohanan Tenpin Boling PPKI Zon Tanjung

June 19, 2019
PPKI telah menghantar murid bagi menyertai Kejohanan Tenpin Boling Peringkat Kawasan Tanjung. Kejohanan ini telah berlangsung di Mahkota Parade pada 19 Jun 2019.

Pencapaian:
1. Tempat Ketiga Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun (Nur Aisyah Afifah Bt Mohd Azaha)
2. Tempat Kelapan Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun (Muhammad Hazimi)
3. Tempat Kesepuluh Kategori Lelaki Bawah 11 Tahun (Muhammad Aziq Haizad B Kamarudin)





Monday, March 18, 2019

Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Zon Tanjung

March 18, 2019
Hari : Isnin - Khamis
Tarikh : 11 - 14 Mac 2019
Tempat : Padang SMK Klebang Besar

Seramai 3 orang murid PPKI SK Cheng telah berjaya melepasi saringan awal olahraga Zon Tanjung. Mereka telah menjalani latihan pusat dan pemilihan akhir untuk mewakili Zon Tanjung ke Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka. Murid yang terlibat ialah Nuraisyah Afifah, Aziq Haizad dan Mohamad Aliff. Tahniah!





Friday, March 8, 2019

MTQ Peringkat Zon Tanjung

March 08, 2019
Hari : Rabu
Tarikh : 6 Mac 2019
Tempat : SK Tanjung Minyak 2

PPKI Sekolah Kebangsaan Cheng telah menghantar 3 penyertaan dalam pertandingan MTQ peringkat kawasan Tanjung. Alhamdulillah kesemua penyertaan telah berjaya mendapat tempat iaitu Naib Johan Khat Perempuan dan Ketiga Hafazan oleh adik Aisyah Afifah manakal Tempat Ketiga Khat Lelaki oleh adik Muhammad Danial Aiman. Tahniah diucapkan kepada murid yang terlibat serta jurulatih iaitu Ust Wan Azhar Shariffudin.





Thursday, January 24, 2019

Aktiviti PdPc Pendidikan Jasmani

January 24, 2019
Murid-murid Program Pendidikan Khas mengikuti aktiviti PdPc Pendidikan Jasmani di padang sekolah. Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran wajib yang diajar kepada murid-murid PPKI pada setiap hari Selasa hingga Jumaat. Aktiviti kali ini memfokuskan kemahiran lokomotor dengan menggunakan alatan.







Wednesday, January 23, 2019

Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Khas

January 23, 2019
Tahun ini murid-murid Pendidikan Khas menyertai sebanyak 3 unit kokurikulum iaitu Pengakap Istimewa, Persatuan Kemahiran Hidup dan Permainan Petanque. Aktiviti minggu ini adalah melantik Jawatankuasa bagi kesemua unit kokurikulum yg disertai. Objektif aktiviti kali ini adalah memupuk semangat kepimpinan di dalam diri murid-murid.