Monday, June 24, 2019

Lawatan Ke Aquaria KLCC Menaiki LRT & Komuter

June 24, 2019
PPKI SK Cheng telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC Kuala Lumpur pada 18 Jun 2019. Murid- murid berkesempatan menaiki pelbagai pengangkutan awam seperti bas LRT dan Komuter. Murid- murid mengalami sendiri pengalaman membeli tiket LRT dan cara untuk memasuki kawasan platform. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada anak-anak istimewa ini.

Wednesday, June 19, 2019

Kejohanan Tenpin Boling PPKI Zon Tanjung

June 19, 2019
PPKI telah menghantar murid bagi menyertai Kejohanan Tenpin Boling Peringkat Kawasan Tanjung. Kejohanan ini telah berlangsung di Mahkota Parade pada 19 Jun 2019.

Pencapaian:
1. Tempat Ketiga Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun (Nur Aisyah Afifah Bt Mohd Azaha)
2. Tempat Kelapan Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun (Muhammad Hazimi)
3. Tempat Kesepuluh Kategori Lelaki Bawah 11 Tahun (Muhammad Aziq Haizad B Kamarudin)