Thursday, April 20, 2017

Program Terapi Pergerakan Kreatif Negeri Melaka

April 20, 2017
Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Cheng telah menghadiri satu Program Terapi Pergerakan Kreatif anjuran Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang bertempat di SMK Kg Gelam, Melaka. Program ini telah mengumpulkan semua murid-murid berkeperluan khas di dalam negeri Melaka bagi menjayakan program ini. Program ini juga mendapat perhatian daripada Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Utama Ir Hj idris Bin Haron yang juga  telah merasmikan program ini. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang program ini ialah aktiviti wall climbing, mengayuh basikal baring, aktiviti memanah dan tarian.