Monday, March 18, 2019

Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Zon Tanjung

March 18, 2019
Hari : Isnin - Khamis
Tarikh : 11 - 14 Mac 2019
Tempat : Padang SMK Klebang Besar

Seramai 3 orang murid PPKI SK Cheng telah berjaya melepasi saringan awal olahraga Zon Tanjung. Mereka telah menjalani latihan pusat dan pemilihan akhir untuk mewakili Zon Tanjung ke Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka. Murid yang terlibat ialah Nuraisyah Afifah, Aziq Haizad dan Mohamad Aliff. Tahniah!





Friday, March 8, 2019

MTQ Peringkat Zon Tanjung

March 08, 2019
Hari : Rabu
Tarikh : 6 Mac 2019
Tempat : SK Tanjung Minyak 2

PPKI Sekolah Kebangsaan Cheng telah menghantar 3 penyertaan dalam pertandingan MTQ peringkat kawasan Tanjung. Alhamdulillah kesemua penyertaan telah berjaya mendapat tempat iaitu Naib Johan Khat Perempuan dan Ketiga Hafazan oleh adik Aisyah Afifah manakal Tempat Ketiga Khat Lelaki oleh adik Muhammad Danial Aiman. Tahniah diucapkan kepada murid yang terlibat serta jurulatih iaitu Ust Wan Azhar Shariffudin.