Thursday, January 24, 2019

Aktiviti PdPc Pendidikan Jasmani

January 24, 2019
Murid-murid Program Pendidikan Khas mengikuti aktiviti PdPc Pendidikan Jasmani di padang sekolah. Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran wajib yang diajar kepada murid-murid PPKI pada setiap hari Selasa hingga Jumaat. Aktiviti kali ini memfokuskan kemahiran lokomotor dengan menggunakan alatan.







Wednesday, January 23, 2019

Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Khas

January 23, 2019
Tahun ini murid-murid Pendidikan Khas menyertai sebanyak 3 unit kokurikulum iaitu Pengakap Istimewa, Persatuan Kemahiran Hidup dan Permainan Petanque. Aktiviti minggu ini adalah melantik Jawatankuasa bagi kesemua unit kokurikulum yg disertai. Objektif aktiviti kali ini adalah memupuk semangat kepimpinan di dalam diri murid-murid.