Monday, March 18, 2019

Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Zon Tanjung

Hari : Isnin - Khamis
Tarikh : 11 - 14 Mac 2019
Tempat : Padang SMK Klebang Besar

Seramai 3 orang murid PPKI SK Cheng telah berjaya melepasi saringan awal olahraga Zon Tanjung. Mereka telah menjalani latihan pusat dan pemilihan akhir untuk mewakili Zon Tanjung ke Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka. Murid yang terlibat ialah Nuraisyah Afifah, Aziq Haizad dan Mohamad Aliff. Tahniah!